5 PENGURUSAN KEWANGAN 2018

1. HARTANAH

  • 2018 adalah tahun terbaik untuk anda miliki hartanah kerana 'jualan terdesak' oleh tuan tanah
  • Fokus pada hartanah yang boleh berikan sewa yang tinggi
  • Gunakan sebaiknya promosi yang ditawarkan oleh pihak bank seperti skim rumah pertama
  • Tambah ilmu pengetahuan melalui buku dan seminar
#Nasihat kewangan:Beli sekurang-kurangnya 1 rumah setiap tahun

2. TAKAFUL

  • Jadikan 2018 sebagai tahun untuk anda lindungi diri & orang tersayang
  • Bayaran ideal untuk caruman takaful adalah 5% daripada gaji anda
  • Jika anda mempunyai insurans konvensional,tukar ke pelan takaful
  • Kongsikan pelan takaful terbaik kepada rakan anda supaya mereka juga dilindungi ketika ditimpa masalah
#Nasihat kewangan :Fahamkan pelan takaful anda

3. SIMPANAN

  • Kos hidup untuk tahun 2018 dijangka meningkat tinggi
  • Anda tiada pilihan melainkan membuat simpanan seperti tabung kecemasan
  • Simpanan ideal adalah 30%-40% gaji anda atau lebih baik anda mempunyai simpanan 3 bulan gaji
  • Pastikan setiap simpanan mempunyai objektif tersendiri
#Nasihat kewangan : Buat pelaburan secara tetap dalam unit trust

4. PENDAPATAN

  • Cipta pendapatan sampingan seperti perniagaan online atau menjadi ejen takaful atau unit trust
  • Dapatkan pendapatan pasif melalui rumah sewa
  • Pastikan pendapatan anda 100% bersih dan suci.JIka ragu,bayar zakat
  • JIka makan gaji,lakukan yang terbaik untuk mendapatkan kenaikan gaji dan bonus
#Nasihat kewangan : Jadikan hobi anda sebagai satu perniagaan/pelaburan

5. PERBELANJAAN

  • Kurangkan perbelanjaan untuk perkara tidak perlu
  • Kenaikan harga barang akan meningkatkan perbelanjaan tanpa anda sedar
  • Fokus pada harga barang,bukan jenama
  • Belajar memasak untuk kurangkan kos makan di luar
#Nasihat kewangan : Jangan tambah hutang jahat seperti personal loan/kad kredit



No comments:

Post a Comment